SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB INI.
AGAR INFO DALAM BLOG INI DAPAT DIKONGSI BERSAMA.

SEJARAH INSURANS DI MALAYSIA


žBermula ketika era penjajahan British pada abad ke 18 dan ke 19.
žPendatang-pendatang Inggeris yang memperkenalkan konsep insurans di Malaysia.
žSyarikat-syarikat seperti Harrison & Crossfield, Boustead dan Sime Darby antara agensi yang bertindak bagi pihak syarikat-syarikat insurans British
žHingga lewat tahun 1955, insurer asing menguasai pasaran insurans Malaysia sehingga 95%
ž Industri insurans di Malaysia telah berkembang dan diperkemaskan sistemnya selepas kemerdekaan Tanah Melayu.
žAwal 1960 telah menyaksikan penubuhan beberapa syarikat insurans tempatan yang tidak berapa lama kemudian terpaksa ditutup kerana operasi kendalian yang tidak cekap dan kerana kekurangan latar belakang teknikal.
 
žSituasi yang tidak sihat itu menyebabkan kerajaan terpaksa campur tangan dengan memperkenalkan Akta Insurans 1963 bagi tujuan mengawasi dan menyelia industri insurans tempatan.
žDengan penguatkuasaan akta tersebut, seorang Ketua Pengarah Insurans telah dilantik dan Gabenor Bank Pusat (Bank Negara) ialah Ketua Pengarah Insurans. (Insurance Act, 1963: Section 35).
žAkta insurans 1963 ini kemudiaannya diganti dengan Akta Insurans 1996 dan menjadi asas perundangan utama yang mengawal urusan perniagaan insurans di Malaysia.

No comments:

Post a Comment